Friday, April 12, 2013

"Kau kafien yang ku tagih, marijuana yang ku khayal" - cinta


"Kaulah bintang yang berkelipan bagai kesatrian dalam hidup"
- Manis -


Hati terluka terhampar sendirian tanpa pautan tangan seorang pujangga dan aku bawa hatiku berjalan, bergadang siang malam menyulam kembali tikar impian yang musnah. 
Jiwa yang sentimental, sensitif ibarat si bunga semalu. Dipegang kecut. Bertemu dengan dia si jiwa freedom. yang gila dengan kugiran-kugiran genre indie. jiwa yang sentiasa memberontak menyanyi lagu serabai dalam jiwa. Dia yang jadi kafien dalam hidupku, yang ku tagih.

Dia mungkin sahaja lelaki, yang punya sifat pencinta seluruh wanita 
yang mungkin sahaja bisa bunuh setiap hati-hati yang kesunyian. Namun, hidup dengannya bawa satu suntikan dalam jiwa. Jiwa yang seakan kembali rancak ikuti bait-bait lagu screamo yang mungkin sahaja hanya mereka yang tau. Gua akui, kimia yang ada dalam diri kami mungkin ada sedikit berbeda. Mungkin ada sedikit kelainan yang menjauhkan citarasa itu. yang masing-masing punya keminatan. Namun, dia kafien baruku, marijuana gua yang setiap hari gua tercari-cari. dia yang sentiasa gua kutuk-kutuk dan buat dia geram, tapi dia tidak pernah kisah. dia tidak pernah racist pasal hati dengan gua.

dan sekali lagi, dia marijuana yang ku khayal. 
selera bertukar.
gua di-pozes. Sila jangan lepaskan aku. 

Wednesday, April 10, 2013

"Kau rasa Jahanam dulu, baru kau rasa Bahagia"~ cinta.


"I want your ugly, I want your disease
I want your everything, As long as it's free
I want your love, Love love love
I want your love"
- Artist ft Poet -

Bila cakap pasal cinta, banyak definisi-definisi cinta yang akan muncul masing-masing mempertahankan fakta dan uatanya sediri. 
Masing-masing muncul sebagai doktor cinta yang men-diktator-kan cinta. 
Yang mem-bangga-kan cinta itu. 
Tanpa sedar, cinta itu subjektif dan universal bukannya objektif. 

Bak kata kak Fynn "saya bukan seorang yang mempercayai definisi sebab semua itu dari individu, diri sendiri"

Cinta tak perlu definisi. Tak perlu ditaktor kejam untuk meragut semua sayang dan cinta agar berpaling setia pada yang satu. Kerna andai kata cinta itu mempengaruhi dan dipengaruhi maka cinta itu sudah menjadi objektif. yang men-objek-kan orang, mem-perguna-kan manusia, me-manipulasi-kan perasaan insan yang sedang dilamun cinta.

Cinta itu, adalah satu ketagihan. satu remedy. satu racun. 
yang mampu membuat semua orang hayal. kerna cinta ini umpama genre lagu-lagu jalanan yang mengasyikkan. yang membuat semua orang khayal dan hanyut. Tanpa sedar cinta tanpa kawalan merosakkan kita. menjadikan kita bodoh dan alpha dengan dunia sendiri.

Cinta juga merupakan gunting dalam lipatan,
mampu menghancurkan kebahagian yang kita cipta dengan angan-angan yang kita mimpikan setiap masa.
Dan gua tak mampu nak cakap lebih, sebab gua juga pernah bodoh pasal cinta. 

"I spent my life with the wrong person and I felt shit just happened"

Dunia yang kau rasa seakan-akan terhenti tanpa dia,
dunia yang kau rasa semua itu kelam tanpa dia kerna bagi kau, dia itu cahaya kau?
Shoot! ada suatu saat kau akan rasa betapa bodohnya kau mempertahankan cinta yang telah di-lahanat-kan oleh orang yang kau agung-agung selama ini. 

dan pabila kau dah penat untuk bercinta dan rasa kecewa, disaat itu lah kau akan jadi seorang yang redha dengan apa sahaja yang mendatang.Sehingga suatu saat adrenaline kau tu tiba-tiba mendadak untuk memberontak dengan keadaan kau yang sadis tu.

Disitula baru kau sedar, cinta itu bukanlah sesuatu yang mengongkong, mempengaruhi, menakluki tapi cinta itu adalah keseimbangan yang beri hidup kau tu suatu suntikan renjatan yang baru. Bila kimia-kimia dan molekul-molekul dalam hati kau tu untuk terus merasa gembira dan bahagia dengan hidup baru kau tu. Memang setiap manusia pernah hidup dalam kegelapan. Even, gua pun pernah hidup dalam kebodohan. Gua bagi segala-galanya, gua korbankan masa gua semua untuk dia. Gua letak otak gua di atas kaki gua sendiri sehingga member gua fed-up dengan hidup gua yang penuh sadis. Kelar sana sini, menangis tak henti-henti. Memang bodoh.

But then, gua buka hati gua, mata gua. sehinggalah gua jumpa dengan mamat ni. 
hidup yang sama-sama terluka dan setiap hari setiap masa skyping dengan dia. Luah segala masalah. kongsi kisah cinta sadis kami berdua sampailah suatu titik yang cinta itu subjektif. Disitulah bermula segala kesedaran diri betapa bodohnya kami. Mengharap kasih yang lahanat dari orang yang tak pandai nak hargai erti sebuah kasih sayang. Dan, kami tetapkan stigma. "Problem make us stronger~distance is just a matter~ its not about perfecting each other" . Yah! seriously, gua banyak belajar benda-benda baru dari dia. Jiwa gigs dia, jiwa gua yang sentimental. Gua rasa hidup gua ber-motivasi dengan ayat-ayat sempoi dia yang tak secara lagsung sedarkan gua.

Banyak gua nak kongsi... *To be continue*

- Tak semua cerita cinta itu berakhir dengan cerita yang bahagia yang gembira. Sebaliknya, memang ada wujud kebahagian disebalik tangisan -

Tuesday, April 9, 2013

Don't you ever forget bout me?


"Don't you ever forget about me
When you toss and turn in your sleep
I hope it's because you can't stop thinking about
The reasons why you close your eyes
I haunt your dreams at night
So you can't stop thinking about me"
- Sleeping with Siren -

Masih ingatkah saat kita lepak ditepi jalan, 
dengan gitar dan ukulele lapuk.
duduk bersila didepan kaki lima. Menghiburkan hati yang tengah tension. Ini bukan Busking. Kita bukan handalan yang mampu buat orang tertarik tapi ini suatu kenangan yang mungkin gua takkan lupa. Saat gua jumpa teman yang mengerti hati ini. Yang berkongsi duka dan suka yang selalu ambil kesempatan mencubit pipi tembam gua.

Dan dikala saat akhir semester,
hati gua jadi pilu dan lebur. Umpama tidak ada lagi hari esok untuk ketemu. Dont you ever forget bout me!

Hey, budak debab! I Love You lah gila!

"When you're alone, do you think of me?
And my diamond ring's thrown out to sea.
And when you love, do you love for me?
Like harmony, a never ending dream."
- Mayday Parade -

Ini sambungan ceritera si puteri hodoh yang menanti cinta yang sejati disinggahsana,
bila tepat jam 12 pada 14 Februari. Pintu hati terbuka dan datang seorang pahlawan. 
Pernah dengar Shrek? I guess macamtu la.

Yang tidak diterima kasih, yang disampahkan cinta, yang dibuang sayang
semua bercampur jadi satu menghasilkan kimia-kimia frust yang bisa buat orang bunuh diri
dan tepat jam 12 itu juga dia hadir ke majlis tari menari sang puteri hodoh
menyambut tangan si puteri yang keseorangan. Apa? ini bukan cerita cinta Rapunzel atau Snow White yang
perlu Putera kacak, pahlawan segak tapi ini cerita cinta Sherk dengan Princess Fiona yang masing-masing punya kekurangan diri.

Masing-masing punya kisah silam. Masing-masing punya angan kosong dan kini masing-masing punya hati yang sunyi. Lalu Shrek membawa lari Princess Fiona lari dari istana memoria gelap dan hidup bahagia di rumah paya yang serba simple. Tak perlu duit banyak, muka hensem, yang penting hati yang ikhlas dan cinta yang suci. Tak perlu kata romantis untuk membuat si Fiona jatuh cinta cuma perlu jadi diri sendiri yang membuat hati si gadis merasa geram dengan telatah comel anda. Dan tak perlu jadi si Pinakio yang menipu bagi membahagiakan hati dia cuma perlu jujur dalam setiap perhubungan itu sudah cukup.

"Cubalah cari yang HENSEM dan KAYA sikit, ini tak"

Apa ? kau fikir gua cari laki ni untuk pesen2 saja ka? nak kikis? nak bagi show sana sini? yang bakal kahwin tu gua bukan ko. Terserah gua nak pilih siapa. Dia hensem? dia Kaya? gua bukan macam tu der. Gua yang cinta pada hati. cinta pada kimia yang ada dalam diri antara gua dengan dia.Macam tu jugak dengan Sherk dan Fiona. Princess Fiona yang sangat ohsem sehingga sanggup menjadi "Org" pasal cinta dia pada Shrek. Pada setia janji yang dia pernah bagi. *Shrek si penyelamat Fiona*
Walaupun pada mulanya cinta itu terikat pada Shrek. Yang inginkan Hensem, Kaya, Segak dan bergaya namun dapat yang Gemuk, Tak Hensem, Tak Kaya. Dan bila sudah terubat luka dihati, cinta pada Shrek tidak lagi duniawi. 

Malah, Fiona sanggup mempertahankan Shrek dari keji-maki, ada setiap masa dengan dia. Yang sanggup buat apa saja bagi membahagiakan Shrek dan Cerita cinta mereka menjadi SWEET ENDING EVER AFTERRRR~

Dan, yang pasti, gua tidak rasa menyesal dengan semua ini. Mungkin ini hanya re-bound pada mulanya tapi kini..

"Duniaku seperti Shrek dan Fiona"

Dia punya citarasa sendiri dan gua punya citarasa sendiri. Masing-masing melengkapi. Dan gua ingin setiap masa itu, tidak kira gua senang dia susah, dia senang gua susah. Selalu ada disisi.

"....and I don't give a fuck bout DISTANCE"- Syed Mohamad Afiq

It's not about prefect-ing but complete-ing each other.
Accept of who we are. What we are is the most remedy ever for long-lasting relay.
and, for sure. You'll know the answer to your heart and forget your past. "Past is past, Future is important"
Yet, he's my future now. 

I Love You Budak Debab!!! *Sila kurus cepat-cepat* 


Sincerely,
budak cekeding 
 \m/(*w*)\m/

Monday, April 8, 2013

Si Pemusnah Impaiana di singgahsana. Hanya Sementara. Sekian Sayonara!

"Someone help me
'Cause the memory
Convinced itself to tear me apart
And it's gonna succeed before long"
- Mayday Parade -

Move on! move on! move on! move on!
and ya... its 8hb April 2013. yang sepatutnya menjadi 1 tahun 4bulan. But ya! again! bullshit happened.
I'm stuck. 
Bila si pemusnah impiana menghancurkan segala memoria terindah yang gua pernah rasa dalam hidup gua dan lenyap dalam sekali gus seperti itu. Apa? oh! ko ni layak putra katak yang disihir dan mengkhianati hati si puteri yang mencium mu?

8 bulan gua menyulam angan-angan disinggahsana.
Mencipta ceritera si puteri hodoh temukan cinta sejati.
mengharap bintang itu jatuh diriba dan jadi hiasan yang tercantik di alam semesta
tapi kau hampa!!! gua bengang!!
Gua marah. Gua Benci. Gua...... rasa bodoh.

Mencintai cinta yang beralih arah.
Menanti kasih yang dah pergi.
Semua musnah sebenarnya sejak zaaman dinosor lagi.
Hati sentiasa ternanti-nanti apa tiba putera yang sanggup menjaga hati untuk puteri hodoh seperti gua.
yang punya harapan ber-lemon2.
yang punya impian setinggi everest mungkin setinggi langit dikecap

tapi semua umpama burung patah sayap.
Terhenti terkedu dan ter.....seksa kot?

Gua kelar. Gua suicide. Sampai hati gua jadi hitam legam.
Nak makan pun tak selera. apa? semua gara-gara cinta lahanat ini!
dia? nama yang pernah jadi teratas sekali.
Yang pernah gua agung2. Butakan mata. tulikan telinga apa kata orang
Gua yang dusta mencintai dia. tinggalkan orang yang menyayangi gua apa adanya. Namun gua bodoh! Palui!
semua jadi satu. 

"Knowing you is the biggest mistake I ever done"

Kenangan yang tak lagi seindah bunga sakura menghiasi jalanan.
Kasturi yang tak mewangi dikala kembang.
Putih yang dah tercoret setitik noktah hitam.
Semuanya musnah. Dan hari ini. Kenangan semua tinggal kenangan.
tapi..

"Kenangan itu tetap menghantui and please kill me now!"

dan gua ambil kunci hati. tutup erat2 memoria gelap itu buat pengajaran. Biarkan si puteri hodoh menanti cinta yang sudi terima semua kekurangan ini. Dan bila tiba saat itu, gua harap semua memoria tentang kau dan aku terhenti saperti timebomb. sebab gua penat menitiskan airmata gua untuk orang yang lahanatkan cinta gua. Yang perkotak-katikkan perasaan ikhlas gua. Segala Pengorbanan. Hanya tinggal kenangan. Terima Kasih. :)

"I'm maybe deserve for someone who deserved me"
- bapak gila! broken english habis!!! -

Thursday, April 4, 2013

Bila gantang itu pecah sebelah.

"There's always something different going wrong
The path I walk is in the wrong direction
There's always someone fucking hanging on
Can anybody help me make things better?"
- Bullet For My Valentine -

Gua tak pasti bila semua ini terus mengangu hidup kami?
bila permasalahan menjadi seperti gula-gula kehidupan yang rasanya seperti asam-asam pedas.
*Nano-Nano*
Lepas settle satu masalah datang lagi satu masalah sampai engko rasa bosan dan immune dengan 
hidup ko yang tak pernah nak rasa 'life' tu.

Yang pasti,
hidup senang pun mesti pernah jatuh tersungkur terluka rabak kaki semua
dan yang memang susah nak naikpun pasti akan merasa seronoknya naik kuda-kuda pumpkin untuk cinder-rela.

Serious, gua cer betul.
nak cari someone yang tetap ada untuk ko tiap masa tak kira ko ni kudung ke
takda duit ka even mati pucuk sekali pun *ops* 
memang orang akan cakap "gua fikir 2.3.4.5.6.7.8.9.10 kali nak faith"
hey! Wake up! klo dah jodoh hang nak dapat macam tu terima je la.
well, everything happened there must have a reason, aye?
memang kesabaran kita akan diuji tahap gila2 gaban punya bila masalah yang selalu datang menghantui tak kira time korang makan ka melabur ka or anything. 
Dan, masalah ni sebenarnya buat kita makin erat. Just like balak gua selalu cakap.

"Problems make us stronger,aye?"

so, kesimpulannya ya tuan-tuan, puan-puan.
kita semua harusla tetap bertahan tak kira apa dugaan sekali pun mendatang. Memang. Gantang yang pecah sebelah tak berguna sebab nak sukat beras dah tak boleh tapi bila ikut logiknya, gantang pun boleh kena repair kan?
so, no matter what happen, there must be a reason and every single thing happened in our life, we must accept and keep go on. For sure, if you let it be, everything gonna be nicely done and you're enjoy your life.


-Hidup tanpa dugaan dan cabaran kehidupan, kau takkan rasa macamana LIFE sebenarnya dan kau takkan rasa maksimanya kenikmatan itu bila semua kembali seperti normal and make your life more better-

Tuesday, April 2, 2013

Hidup ini bukan seperti makan kacang.

" We all have our horrors
and our demons to fight.
But how can I win, when
I'm paralyzed?"
-Bring Me The Horizon-


Bila cerita pasal hidup, memang tak semua senang. Gua memang akui lah, yang hidup kaya dari kecil dengan
yang berjaya dari hidup susah tu banyak sangat beza.
Yang ni gua madah benar. 
Yang pasti hidup bukan senang macam makan kacang. 
ye lah  bukan macam " kacang lupakan kulit" 

paham maksud gua? I mean yaa.. hidup ni banyak ajar kita pengalaman hidup sama ada yang best
ataupun macam sial mana pun. Ini gua cakap betul. Serious gua tekankan. Memang tak senang nak hidup senang. *apa gua merapu ni?*

yang pasti memang, gua pun ada jak masalah hidup yang tak pernah nak settle.
Dengan study gua yang bagi pressure. Hidup family gua, balak gua. Semua ini memang banyak yang gua belajar.
macamana nak jadi matang hidup sendiri. Kadang-kadang gua rasa hidup gua sial gak tapi yah la.
Benda nak jadi, kan?

Tak guna kita nak nyesal dengan semua menatang yang membingungkan ni.
Just Live your Life. Move On. Face Up. Everything gonna be okay. Trust me, Tuhan takkan uji kita kalau kita tak mampu. Memang apa yang jadi semua ni ada 'pulangan' yang kita dapat. So gua rasa apa yang gua nak merepek hari ni mungkin pasal carrymark gua yang tersangatla rendah.

Gua dah jadi malas, otak gua dah jadi penat dan gua tak da mood nak study. Maaf tapi ini kenyatan bagi student final semester macam gua ni. Rasa nak habis tu cepat2 je. Anyway, hidup kena carry on. What happen, let it be. Just be strong, aye??


- Kau hidup kaya mana pun, kalau dah benda tu nak jadi yang miskin jadi jutawan dan yang kaya jadi papa kedana. semua kita tak rancang-

Monday, April 1, 2013

Sang peri-peri patah

"My black eye casts no shadow
Your red eye sees no pain
Your slaps don't stick
Your kicks don't hit
So we remain the same"
- Florence & The Machine -

mungkin ini semua ada kaitannya dengan hidup gua, 
yang tak pernah nak settle dengan masalah hati
dan gua juga tak pasti adakah ini semua permainan karma or karma bitch??
apa yang gua pasti semua jantan, I mean not all lah. memang soooo... kiss with a fist kan?
you bet! lepas dah couple lama then leave her alone find another bitch. Yah, gua pangil bitch.
anjing betina maybe?

Dan gua tak pasti apa hati gua masih lagi berkecai atau pun sudah terlekat umpama guna gam gajah, Eh?
ya lah after all pengorbanan yang gua buat, penerimaan gua, apa yang gua harap selama ni
they just disappeared. Hell! gua dulu bercinta macam monyet dapat bunga.

"dimataku ada hantu yang datang menyihir"

macam tu kot yang gua rasa.
well, everything just screwed up. dan sang peri-peri patah terbang dengan sebelah sayap
membelah langit biru tak tentu arah
mencari dimana dia sang penawar. Apa masih ada lagi peluang untuk periperi lemah macam gua ni
rasa nikmat setianya hubungan itu?

who's know kan?


-Cinta itu umpama tahi, bila panas kuat betul bau bila dah sejuk orang lalu pijak pun tak perasan-