Wednesday, December 17, 2014


Mencintai itu tak seharusnya memiliki. Kita sendiri tak sedar bila kita akan berhenti mencintai dan merindui. Kerana penyakit cinta itu tidak pernah mengenal usia dan siapa.
Ada masa kita terlalu takut kehilangan walaupun dia bukan milik kita-

Sunday, July 6, 2014

Kosong tanpa Tuhan

Aku berbicara dengan alam
Tentang
Betapanya kosong aku tanpa
Tuhan

Airmata disisi
Sendu menemani
Dan aku tidur lena
Bertemankan sepi

Maka
Pada setiap
Ruang rongga nadi ini
Pada darah yang mengalir
Pada denyut yang berdetak
Aku perlahan-lahan
Melihat dunia
Betapa indahnya
AdaMu Tuhan

Disetiap alpa yangku lalui
Pada setiap kerunsingan
Yang aku hadapi
Betapa kosongnya
Aku tanpamu
Tuhan

Lalu

Di malam hari;
Aku bercerita tentang kehidupan
Yang mahunya
Tuhanku dengar
Pada setiap tangis dan sendu
Yang terbazirkan
Biarlah
Aku menutup mata
Redha pada pemergian
Insan yang aku sayang

Semoga Tuhan merahmati dunia akhiratmu,
Nenda

Thursday, May 1, 2014

Definisi Cinta

"Cinta ini umpama biskut, yang kita akan tekan lonceng pada pembuat biskut dan yg kita dapat hanyalah tahi burung. Sehinggalah lonceng yg ke 100 akhirnya kita dapat biskut yg sangat2 enak. Dan terfikir untuk dapat biskut lain selepas itu. Tapi perlukah kita ulang benda yg sama lagi?"


Perlukah? Hargailah.

Tuesday, April 15, 2014

Kamu itu; bintang terangku

22:41
April 15, 2014 

Dan aku baru lepas baca blog kau untuk kesekian kali. Pada cerita unicorn yang kau kabar. Pada tulisan yang mungkin tentang aku, kau sedar tak? Kau buat aku menangis sebab aku terharu. Buat gadis hina macam aku ini, tiada mata siapa pun ingin memandang. 

Ya, gadis terluka hina ini sudah terlalu jauh kecewanya setelah laki-laki yang ku panggil sayang telah buang aku jauh-jauh dan itu cuma bertahan selama 8bulan 16hari bukan 8 tahun maupun selamanya.

Terlalu lama juga aku berhibernasi dan tidak pandang kedepan kerna masih tersangat sayang pada dia yang bernama Nuh. Iya, laki-laki yang sehingga kini aku masih lagi sayang untuk secebis kenangan yang aku masih lagi simpan. Dengan kesabaran, kau dan aku terus hidup dan cuba tanam kembali bunga-bunga cinta yang terkhianati oleh mereka yang kita pernah sayang.

Maka, pada tulisan-tulisanku dulu yang masih berbaur sepi kini aku sudah boleh menulis tentang cerita indah. Pada masa yang sentiasa bergerak tinggalkan kita, melupakan apa yang sakit; aku semakin hari semakin bertambah sayang pada kita. Pada sifat kamu, pada semua tentang diri kamu. Walaupun tidak punya rupa juga harta; aku terlalu dahagakan kasih ikhlas dan kamu suap satu-satu sehingga aku terlalu manja untuk makan sendiri. 

Pada malam-malap aku; sahabat sepi sudah lama tidak bertandang mengasak hati dan aku terlalu bahagia walau hanya dengan cahaya bintang terang darimu. Terima kasih.

Sunday, February 16, 2014

Pemimpi; kau milikku

Wahai malamku;
Aku seperti tidak sabar bertemu denganmu-
Untuk mendakap dirimu (sayang) yang hanya aku memiliki tanpa perlu ada dua atau tiga mereka yang menganggu.
Walau terkadang mataku lelap tidak selama mana;
Bermimpikan tentang kamu sudah bisa buat aku bahagia.
Biar hanya berpelukkan angan bahagia palsuku;
Biar hanya bahagia dengan kata-kata manis yang mungkin saja itu yang aku lakarkan;
Biar hanya tersenyum indah dengan wajah yang aku telah lama patrikan dalam ingatan-
Aku ingin ia terus melekat dan tinggal selama-lamanya.
Namun siapalah aku?
Pada realiti,
Pada duniawi-
Aku ini hanya pemimpi yang gagal;
Tidak mampu memiliki kamu secara mutlak-
Hanya malam peneman hati yang kesepian.
Kesian.

Friday, February 14, 2014

Setahun; kami-

14hb Februari 2014
Sudah genap setahun lepas aku dengan dia rebound relationship. Sedar tak sedar daripada aku takde perasaan langsung ke dia terus jadi sayang tu amik masa yang tak pernah kau sendiri nak bayangkan.
Dalam setahun tu macam-macam benda dah jadi. Nak cerita boleh buat satu buku dah (cuma aku yang tak reti menulis). Macam-macam benda yang aku tahun pasal kau. Pemalas kau. Melawan kau tu. Malah sweet talker kau tu pun aku dah jumpa.
Untuk ke satu tahun ini; tiada apa yang aku dapat gambarkan betapa perasaan ini terlalu drastik perubahannya. Dari langsung tak move on. Aku dah mampu tolak hati aku perlahan-lahan ke hati lain. Bukan senang ye nak move on.
Kita pun sudah naik ke level seterusnya. Untuk relationship yang matang. Tidak pasti, apa ada untuk dua-tiga-empat-lima-enam tahun lagi untuk kita. Tapi aku tak akan berputus asa untuk rawat lagi hati aku, juga hati kau yang telah lama mati gara-gara cinta semasing disampahkan. Moga, pada mimpi-mimpi yang kita igaukan selama ini. Jadi kenyataan yang lebih mengembirakan.

Pada laki-laki gemuk (dia),
Jangan pernah mensia-siakan lagi hati ini-
Pada laki-laki gemuk (dia),
Moga semua yang dirancang terus terjadi;
Dengan izinNya.

Monday, February 10, 2014

Kelvin Chew; anak buah yang matang

Ini tentang anak buah aku yang berdarah cina-murut. Kehilangan ayah pada umur 3/4 tahun. Tinggal bersama mami tunggal. Sekarang sudah 8 tahun. 

Baru-baru ni tahun baru cina. Jadi macam biasa celebrate lagipun kami banyak kawen campur. Jadi ada satu hari ni, dia tidur dekat bilik dia sendiri (dia cerita). Kami panggil dia Alun. Jadi cerita dia macam ni.

Mami: Lun, nenek dengar kau mimpi bapa kau. Betul kah?
Alun: iya nek, saya mimpi bapa bah
Aku: bapa kau sihat lah? Jadi macam mana saja?
Alun: si bapa sihat saja. Dia datang pakai kereta putih. Dia pergi peluk-2 ni saya.
Abah: bapa kau ada cakap apa-2 lah?
Alun: ada, bapa bilang "Alun, belajar rajin-2, jangan melawan (bahasa cina)" terus peluk2 saya ni. Itu lah saya terbangun terus menangis tu.

Budak ni memang tabah. Dia cerita cool je tapi dalam hati dia memang rindu ipar aku tu. Yang paling tacing bila dia cakap bapa dia pakai baju Tahun baru Cina before dia mati (baju tu adik kazen aku pakai).

Lepas cerita bapa dia. Ada lagi senanya cerita yang mungkin buat kita semua tacing. Anak buah aku ni suka sangat ikut atau tidur dekat umah aku memandangkan kami berjiran. Jadi, dia ikut kami ke kebun. Malam tu dia termenung dekat kaki lima umah kebun kami. Dia terus cakap:

Alun: anty ap, anty ina sudah balik kah tu ah?
Aku: kenapa lun?
Alun: saya risau oh mami kena culik. Saya mau kol mami oh tanya dia okey ka tidak.

Kami semua ketawa terus ejek dia lah. "Eeehh rindu lah tu"

"Mana ada, saya risau mami kena culik -,-"

Time otp tu, banyaklah dia pesan dengan mami dia ni.

Mami buat apa? Mami oke kah disana? Anty ina ada? Nanti mami kol uncle ham (adik aku) suruh kawan kamu tidur ah. Kunci rumah ah mami. Saya risau ni sama mami. Babai mami. 

Untuk budak 8 tahun risaukan ibu dia. Terus buat aku terfikir. Sedangkan budak kecil tahu risaukan ibu dia kenapa kita yang dah besar ini kadang-2 mengabaikan orang tua kita? 

Wednesday, February 5, 2014

Smoke sin.

Baby,
Why you so dumb?
I'm here watching over you
Baby,
Why you so dumb?
To realize the truth

You better watch out!

You smoking sin
Talking shit
As if your life infinite

Act like a god
Speak like a bitch

Just stop. Coz I hate you so much
Till the hell burn you.
Ashes.

I'm just a sinner

For all of these years
I've been a sinner
To fall in love with someone
And suicide for infinity
Just marry me once
And buried me down to hell.

Sunday, January 19, 2014

Jiwa

Jiwa ini sunyi
Tiada penghuni
Dan
Ia mati
Perlahan-lahan tapi
Bisa
Dan terus mati
Sepi sendiri
Lagi.

Bekas kekasih : Mimpi

Apakah ini semua mainan tidur?
Tatkala aku masih mimpi kamu tersenyum kembali padaku.
Ataupun mainan perasaan dibawa tidur sampaikan terlalu merindui akanmu atau ini hanya sekadar perasaan yang terdahulukan?

Bilamana senyuman itu yang paling aku rindu;
Bilamana ketawa dan manja kamu itu pengikat rasa hati.
Buat aku jadi terlalu rindu pada dulu dan aku tahu;
Walau sudah tiada lagi hatimu buat aku, aku tetap doakan yang terbaik buat kamu agar kamu sentiasa merasa bahagia dengan pilihan yang kau pilih.
Dan izinkan aku untuk merasa bahagia dengan pilihan baru agar aku tak terluka kembali rindu padamu.

Karna kamu adalah anugerah yang pernah membahagiakan aku suatu ketika dulu.
Melupakanmu itu adalah satu dugaan terbesar dalam hidup.
Jadi, izinkan aku ya Tuhan untuk belajar mencintai pada pilihan yang satu ini. 
Semoga semuanya berakhir dengan satu ikatan.

Aku sudah penat bercinta dan terluka lagi.

Rasa terakhir

Tuhan; apakah rasa yang kau hadirkan pada hati kesepian ini?
Adakah ini namanya cinta pabila ruangan kosong pada segenap hati mulai terisi dengan memori-memori indah?
Pabila bibir aku mulai tersenyum dan mataku punya pandangan bahagia.
Adakah ini benar-benar cinta ya Tuhan?
Apa ini hanya dugaan perasaan yang kau hadirkan karna rasa kesian atau memang untuk aku merasa kebahagian?
Biarlah didadaku kini ada terisi nama dan terus terpahat sampai nadi terakhirku. Sampai aku ketemu kamu.
Tuhan; lelaki yang kau hadirkan buatku itu biarlah jadi yang terakhir dan tamatkan segala kedukaan luka sebuah setia.
Biarlah tamat tangis yang terbazirkan buat manusia yang tak pernah menghargai rasa kasih sayang yang seikhlasnya.

Sunday, January 5, 2014

Malam ini

Malam ini
Banyak yang hilang
Banyak yang pergi
Sehingga aku merasa sepi

Malam ini
Aku rasa kosong
Aku rasa sunyi
Tak ada yang disisi

Malam ini
Rasa itu sangat gila
Rasa itu sangat hebat
Aku sendiri

Malam ini
Sepatutnya malam aku
Tersenyum
Malam aku bahagia

Tapi malam ini
Aku perlahan-lahan
Belajar memeluk bayangmu
Yang menjauh
Dan aku kesepian.