Monday, February 10, 2014

Kelvin Chew; anak buah yang matang

Ini tentang anak buah aku yang berdarah cina-murut. Kehilangan ayah pada umur 3/4 tahun. Tinggal bersama mami tunggal. Sekarang sudah 8 tahun. 

Baru-baru ni tahun baru cina. Jadi macam biasa celebrate lagipun kami banyak kawen campur. Jadi ada satu hari ni, dia tidur dekat bilik dia sendiri (dia cerita). Kami panggil dia Alun. Jadi cerita dia macam ni.

Mami: Lun, nenek dengar kau mimpi bapa kau. Betul kah?
Alun: iya nek, saya mimpi bapa bah
Aku: bapa kau sihat lah? Jadi macam mana saja?
Alun: si bapa sihat saja. Dia datang pakai kereta putih. Dia pergi peluk-2 ni saya.
Abah: bapa kau ada cakap apa-2 lah?
Alun: ada, bapa bilang "Alun, belajar rajin-2, jangan melawan (bahasa cina)" terus peluk2 saya ni. Itu lah saya terbangun terus menangis tu.

Budak ni memang tabah. Dia cerita cool je tapi dalam hati dia memang rindu ipar aku tu. Yang paling tacing bila dia cakap bapa dia pakai baju Tahun baru Cina before dia mati (baju tu adik kazen aku pakai).

Lepas cerita bapa dia. Ada lagi senanya cerita yang mungkin buat kita semua tacing. Anak buah aku ni suka sangat ikut atau tidur dekat umah aku memandangkan kami berjiran. Jadi, dia ikut kami ke kebun. Malam tu dia termenung dekat kaki lima umah kebun kami. Dia terus cakap:

Alun: anty ap, anty ina sudah balik kah tu ah?
Aku: kenapa lun?
Alun: saya risau oh mami kena culik. Saya mau kol mami oh tanya dia okey ka tidak.

Kami semua ketawa terus ejek dia lah. "Eeehh rindu lah tu"

"Mana ada, saya risau mami kena culik -,-"

Time otp tu, banyaklah dia pesan dengan mami dia ni.

Mami buat apa? Mami oke kah disana? Anty ina ada? Nanti mami kol uncle ham (adik aku) suruh kawan kamu tidur ah. Kunci rumah ah mami. Saya risau ni sama mami. Babai mami. 

Untuk budak 8 tahun risaukan ibu dia. Terus buat aku terfikir. Sedangkan budak kecil tahu risaukan ibu dia kenapa kita yang dah besar ini kadang-2 mengabaikan orang tua kita? 

No comments:

Post a Comment