Friday, February 14, 2014

Setahun; kami-

14hb Februari 2014
Sudah genap setahun lepas aku dengan dia rebound relationship. Sedar tak sedar daripada aku takde perasaan langsung ke dia terus jadi sayang tu amik masa yang tak pernah kau sendiri nak bayangkan.
Dalam setahun tu macam-macam benda dah jadi. Nak cerita boleh buat satu buku dah (cuma aku yang tak reti menulis). Macam-macam benda yang aku tahun pasal kau. Pemalas kau. Melawan kau tu. Malah sweet talker kau tu pun aku dah jumpa.
Untuk ke satu tahun ini; tiada apa yang aku dapat gambarkan betapa perasaan ini terlalu drastik perubahannya. Dari langsung tak move on. Aku dah mampu tolak hati aku perlahan-lahan ke hati lain. Bukan senang ye nak move on.
Kita pun sudah naik ke level seterusnya. Untuk relationship yang matang. Tidak pasti, apa ada untuk dua-tiga-empat-lima-enam tahun lagi untuk kita. Tapi aku tak akan berputus asa untuk rawat lagi hati aku, juga hati kau yang telah lama mati gara-gara cinta semasing disampahkan. Moga, pada mimpi-mimpi yang kita igaukan selama ini. Jadi kenyataan yang lebih mengembirakan.

Pada laki-laki gemuk (dia),
Jangan pernah mensia-siakan lagi hati ini-
Pada laki-laki gemuk (dia),
Moga semua yang dirancang terus terjadi;
Dengan izinNya.

No comments:

Post a Comment