Sunday, July 6, 2014

Kosong tanpa Tuhan

Aku berbicara dengan alam
Tentang
Betapanya kosong aku tanpa
Tuhan

Airmata disisi
Sendu menemani
Dan aku tidur lena
Bertemankan sepi

Maka
Pada setiap
Ruang rongga nadi ini
Pada darah yang mengalir
Pada denyut yang berdetak
Aku perlahan-lahan
Melihat dunia
Betapa indahnya
AdaMu Tuhan

Disetiap alpa yangku lalui
Pada setiap kerunsingan
Yang aku hadapi
Betapa kosongnya
Aku tanpamu
Tuhan

Lalu

Di malam hari;
Aku bercerita tentang kehidupan
Yang mahunya
Tuhanku dengar
Pada setiap tangis dan sendu
Yang terbazirkan
Biarlah
Aku menutup mata
Redha pada pemergian
Insan yang aku sayang

Semoga Tuhan merahmati dunia akhiratmu,
Nenda